Sukan Hari Ini

‘Saya Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Sahaja’

Tan Sri Annuar Musa menegaskan, bahawa beliau tidak akan berpuak sebaliknya boleh bekerja dengan sesiapa saja jika dipilih menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),

Annuar yang merupakan calon Presiden FAM berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak terikat dengan individu tertentu dalam melakukan tugas.

“Saya di tanya siapa gandingan saya dan sama ada saya boleh bekerja dengan si polan si polan. Suka saya tegaskan salah satu misi saya ialah membawa keharmonian, kerja sepasukan dan menghormati peranan semua exco yang dipilih.

“Justeru saya tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Perwakilan bebas memilih siapa saja.

“Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama ahli gabungan, bergaduh dengan kementerian dan sebagainya. FAM perlu tenang dan kekalkan sifat saling hormat-menghormati.

“Saya tidak akan menekan sesiapa, dan tidak berkumpulan. Tiada sogokan dan tiada ugutan. Saya percaya badan gabungan bijak membuat pilihan sendiri corak mana kita mahu FAM ditadbir. Semuanya baik baik belaka,” kata Annuar, memetik laporan Sinar Harian.

Hari ini Sinar Harian melaporkan calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memberitahu perwakilan yang bakal mengundi dalam pemilihan 25 Mac ini agar tidak memilih dirinya jika mereka menolak calon presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) itu menjelaskan, beliau lebih selesa bekerjasama de­ngan Tunku Mahkota Johor (TMJ) berbanding pencabarnya, Annuar.

Selain Yusoff, dua lagi calon yang Timbalan Presiden FAM adalah penyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");