Membawang Hari Ini

Scha nafi hamil anak kedua

KUALA LUMPUR: Pelakon, Scha Alyahya, 33, menafikan dirinya kini hamil seperti yang disangka peminat ekoran sekeping gambar dimuat naik suami, Awal Ashaari, di Instagram malam tadi.

Dalam gambar tersebut, bahagian perut wanita pengacara dan ahli perniagaan itu kelihatan agak buncit berikutan baju jenis kain baldu yang dipakainya.

Berpandukan gambar berkenaan, ramai pengikut selebriti terbabit mula mempersoalkan, apakah ibu kepada Lara Alana itu hamil lagi? Scha yang dihubungi sebentar tadi bagaimanapun menafikan perkara terbabit.

“Taklah. Secara logik pun, saya kini kerap bersenam secara intensif dengan jurulatih kecergasan. Tidak mungkin saya masih aktif bersenam sebegitu rupa kalau sedang hamil.

“Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal. Saya sepatutnya mengenakan tali pada bahagian pinggang, tetapi saya membukanya,” kata Scha yang kini mendapat perhatian ramai menerusi drama Urusan Hati Cik Drama Queen.

Scha bagaimanapun bersyukur kerana ramai yang mendoakan perkara baik-baik untuknya dan keluarga. “Ia benda yang baik.

Kalau betul saya hamil, kenapa perlu dinafikan? Semua orang juga tahu, sebelum ini saya berusaha dan mencuba agak lama untuk mendapatkan Lara.

“Jadi, jelas peminat mahu saya hamil anak kedua pula. Ia juga seperti doa dan saya bersyukur kerana ada yang terus mendoakan buat saya,” katanya memetik laporan Berita harian.

Scha berkahwin dengan Awal pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan puteri sulung pada 22 Julai 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");