Perak Hari Ini

Sektor Perkhidmatan Main Peranan Penting

IPOH:Sektor perkhidmatan merupakan salah satu medium penting untuk meningkatkan ekonomi negara lain selain daripada bidang pengilangan dan pembuatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong berkata Kerajaan membantu mempertingkatkan sektor perkhidmatan negara menerusi pelbagai agensi dibawahnya.

“Kita menyediakan bantuan pinjaman dan cukai insentif menerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd juga Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Tenby Ipoh.

Katanya,bagi sektor pendidikan bentuk bantuan yang akan disediakan seperti pinjaman logistik untuk pembelian peralatan sekolah yang berkos tinggi.

“Malah pelaburan untuk pembinaan sekolah seperti Sekolah Tenby ini juga melibatkan cukai insentif yang disediakan
apabila melibatkan pelaburan mencecah sehingga RM200 juta dalam bidang pendidikan untuk operasinya di seluruh negara,” katanya.

Jelasnya lagi ia bukan sahaja melibatkan sektor pendidikan namun sektor perkhidmatan untuk hospital juga turut diberikan tumpuan.

“Pihak Kerajaan akan membantu dari segi pengeksport dan pelaburan dalam sektor perkhidmatan setanding dengan negara luar lihat yang ternyata lebih maju,” katanya.

Tambahnya fokus kini bukan sahaja tertumpu pada bidang pengilangan tetapi ingin berkembang dari segi sektor perkhdimatan khusus dalam pertumbuhan ekonomi negara kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");