Laporan Eksklusif

Selamat Tiba Di Bangladesh

NV NAUTICAL ALIYA yang membawa Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar selamat tiba di perairan Cox Bazar, Bangladesh pada jam 10.35 pagi waktu Bangladesh dengan diiringitiga buah Kapal Peninjau Tentera Laut dan Peronda Pantai Tentera Laut Bangladesh.

Wakil Perak Today memaklumkan, Nautical Aliya juga telah didatangi oleh Kapten Nizamul Haq bersama tiga orang lagi pegawainya untuk menyambut kedatangan sukarelawan dan berbincang bagi memudahkan misi mereka.

Dalam perbincangan antara ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Kapten Nizamul Haq sebentar tadi turut berbincang mengenai lokasi paling sesuai menurunkan barangan atas faktor jarak pantai dan Kem Pelarian Ronghinya.

Dalam jadual asalnya, sukarelawan di arahkan untuk ke Chittagong, namun selepas berbincang melalui telefon antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Bangladesh, Nautical Aliya telah dicadangkan untuk berlabuh di Cox Bazar. 

“Antara faktor yang menidakkan kami ke Port of Chittagong adalah kerana suasana pelabuhan tersebut sangat sibuk.

“Bagaimanapun kami masih lagi menunggu kelulusan dan kebenaran dari kedutaan untuk kami turun melawat kem pelarian Rohingya yang dicadangkan,” katanya.

Pada ketika ini, Misi Food Flottilla For Myanmar ini masih mengikut jadual yang telah dirancang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");