Berita Hari Ini

Semakan Batu Puteh Tidak Jejas hubungan – Reezal

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa permohonan semakan semula di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Batu Puteh tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya permohonan yang dikemukakan Malaysia itu adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa, yang mana ia perlu dibuat dalam tempoh 10 tahun selepas kes itu dibangkitkan pada 2008.

“Kerajaan yakin permohonan semakan semula ini tidak akan mengeruhkan hubungan kerana sewaktu ICJ memutuskan Batu Puteh adalah hak Singapura, kita akur.

“Selepas itu juga berlaku peningkatan dalam perdagangan antara kedua-dua negara, malah hubungan juga semakin erat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah dan Penyerahan Geran Biasiswa oleh Yayasan Kebajikan Pelajar Malaysia, di Kepala Batas hari ini.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4, manakala Batuan Tengah pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.

Semakan semula itu dikemukakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memfailkan permohonan itu di ICJ, The Hague, Belanda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");