Isu Panas

Semua 16 pusat mengundi PRK Tanjong Datu ditutup

LUNDU – Tiga lagi pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi DunTanjong Datu ditutup 5 petang ini, menjadikan proses pengundian di kesemua 16 pusat pengundian selesai.

Tiga pusat pengundian terakhir yang ditutup ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Stunggang Lundu, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua dan SK Bumiputera Lundu.
Sebelum ini, empat daripadanya ditutup pada 12 tengah hari, empat pusat pengundian pada 1 tengah hari dan lima lagi ditutup pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini berjalan lancar walaupun pada awal pagi hujan rintik dan cuaca mendung pada tengah hari dan semakin cerah pada sebelah petang.

Kini Dewan Masyarakat Lundu menjadi tumpuan ramai, yang merupakan venue Pusat Penamaan Calon, Pusat Pengiraan Undi Awal dan Pusat Penjumlahan Undi.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi. PKR awal-awal lagi mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK ini.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu, calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit.

Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan keputusan pilihan raya kecil Tanjong Datu akan diketahui seawal 8 malam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");