Sukan Hari Ini

Sewa padang untuk PFA dikecualikan

KERAJAAN Perlis bersetuju mengecualikan bayaran sewaan padang kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi perlawanan Liga Perdana, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya semalam, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perlis pada Rabu.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa kelulusan pengecualian bayaran sewaan padang kepada PFA ini adalah berkuat kuasa serta-merta iaitu sebanyak RM1,500 bagi setiap perlawanan,” katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga memutuskan untuk membaiki dan menaik taraf kadar pencahayaan lampu limpah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan dan naik taraf itu melibatkan perbelanjaan yang besar dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");