Membawang Hari Ini

Shah selalu ‘berbulan madu’

Bukan sahaja orang biasa, artis juga sering dihantui soalan panas apabila ketika bujang sering dipersoal bila mahu berkahwin dan apabila berkahwin, ditanya pula bila mahu menimang cahaya mata.

Perkara sama turut dilalui pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, 35, sejak mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari 2016.

Walaupun ia dianggap soalan sensitif, bagi pelakon utama yang kini membintangi drama bersiri Syurga Ku Tak Sempurna di Hypp Sensasi dan Hypp Everywhere, dia bersikap terbuka dan tidak pernah terasa hati.

Shah yang ditemui baru-baru ini mengakui perhatian peminat terhadapnya sekarang lebih kepada bila dia dan isteri mahu menimang cahaya mata.

“Saya tidak marah apatah lagi mahu berkecil hati. Memanglah kalau diikutkan saya dan isteri sekarang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Namun apakan daya, Allah belum lagi kurniakan kami rezeki itu.

“Mungkin juga rezeki itu belum diberikan Allah kerana sebaik berkahwin, saya dan isteri merancang untuk tidak memperoleh anak terlebih dulu,” katanya.

Kata Shah, orang tua-tua selalu berkata selepas bernikah jangan merancang kerana apabila merancang umpama satu doa.

“Mungkin disebabkan itu juga kami belum diberikan rezeki. Begitupun, untuk tahun ini memang kami tidak lagi merancang dan kalau boleh mahu menimang cahaya mata secepat mungkin,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Bagaimanapun ujar Shah, dia dan isteri mempunyai alasan untuk merancang terlebih dulu selepas kahwin. Bagi dia dan isteri, adalah penting untuk mereka mengatur hidup bersama supaya lebih selesa sebelum menerima kehadiran orang baru.

“Semua tahu kedudukan ekonomi sekarang tidak menentu apatah lagi selepas bernikah banyak urusan yang perlu dilaksanakan. Waktu sama kami cuba menikmati hidup berbulan madu.

“Untuk merealisasikan impian menimang cahaya mata tahun ini, kami menghabiskan banyak masa bersama. Malah kalau, ada kelapangan, kami makan angin seperti berbulan madu,” katanya.

Dia dan isteri baru saja pulang bercuti dari Bangkok, Thailand sempena menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Dia gembira dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi.

Katanya, bukan lokasi yang menjadi pengukur untuk menghabiskan masa bersama isteri tetapi aktiviti dan masa kualiti yang dapat dinikmati bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");