Isu Panas

Sothianathan Dilantik Ahli CWC – Presiden MIC

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan dilantik sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk mendamaikan anggota parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.

“Sebelum 2013, kami (MIC) semua bersama-sama. Hanya selepas itu, kami berpecah.

“Tetapi jika kami tidak lakukan (bersatu), perpecahan akan sentiasa wujud,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di sini pada Ahad.

Beliau berkata pelantikan Sothinathan adalah penting untuk mengukuhkan MIC bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka sukar, oleh itu, “kami perlu memastikan parti kukuh dan bersatu”.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");