Isu Panas

SPRM rakam keterangan Adam Rosly

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki.

Adam, 28, yang menjadi tumpuan ekoran dakwaan tersebut tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 8.15 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.

Beliau juga dilihat membawa beberapa dokumen ketika memasuki bangunan.

Bercakap kepada pemberita selepas melalui empat jam proses temu bual, Adam berkata pelbagai soalan dikemukakan termasuk berkenaan sumber pendapatannya.

“Saya bukannya disoal siasat, pegawai SPRM hanya menemu bual, bertanyakan mengenai sumber pendapatan dan saya ucapkan terima kasih kerana mereka menjalankan tugas dengan profesional,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, satu laporan terhadap SPRM telah dibuat Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");