Perak Hari Ini

Suami Isteri Melecur Dalam Kebakaran

SIMPANG PULAI:Pasangan suami isteri mengalami kecederaan melecur kecil pada bahagian belakang badan setelah terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah kedai buah-buahan dan kraftangan pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak berkata kejadian berlaku berhampiran jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Higlands iaitu berdekatan Pos Raya.

“Panggilan kecemasan diterima pihak kami sekitar jam 11.20 pagi tadi dan mendapati mangsa lelaki dan wanita mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan mereka,” katanya.

Difahamankan kebakaran melibatkan sebuah gerai menjual buah-buahan dan kraftangan di tepi jalan yang musnah hampir 90 peratus.

Manakala turut musnah dalam kejadian tersebut sebuah pacuan empat roda jenis Pajero yang berada berhampiran kedai berkenaan musnah hampir 90 peratus.

Turut musnah hampir 75 peratus sebuah lagi kenderaan jenis Pajero.

Jelas sumber, setiba di lokasi kejadian kedua-dua kenderaan itu sedang terbakar manakala gerai berkenaan turut musnah dijilat api.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");