Isu Panas

Sudah Tiba Pas Berdiri Sendiri

KUALA LUMPUR :Kepimpinan tertinggi PAS mendesak agar parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Gesaan itu dibuat oleh sekumpulan penyokong yang menyerahkan memorandum berhubung perkara tersebut tetapi dalam masa yang sama, mereka menyatakan sokongan penuh kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wakilnya, Nasiruddin Mohamed berkata, Pas perlu mengambil perhatian terhadap hubungan antara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai ‘duri dalam daging’ serta ‘gunting dalam lipatan’.

“Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, mereka menyerahkan memorandum itu agar suara didengar di dalam mesyuarat Dewan Harian.

Sebagai petugas Pas, Nasiruddin berkata, mereka berasakan sudah sampai masanya parti itu berdiri sendiri tanpa diganggu mana-mana parti lain yang sarat dengan masalah.

“Kami berasakan sudah sampai masanya Pas tidak diganggu parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau,” katanya, lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");