Laporan Eksklusif

Sukarelawan Bertungkus Lumus Buat Pembungkusan Semula

DI ATAS kapal Mv Nautical Aliya sukarelawan bertungkus lumus membuat pembungkusan semula barangan bantuan berikutan terdapat kotak-kotak kit kebersihan yang rosak akibat dari penindihan antara barangan misi bantuan tersebut.

Wakil Perak Today yang menyertai misi kemanusiaan tersebut berkata, kerjasama antara sukarelawan-sukarelawan dan sekretariat amat baik walaupun datang dari badan bukan kerajaan (NGO) yang berbeza.

 

Terdahulu, selepas selesai urusan pemunggahan barang misi bantuan Food Flotilla For Myanmar di Yangon, kini Nautical Aliya kembali ke lautan dalam pelayarannya ke Bangladesh.

“Walau destinasi dan jadual untuk ke Kem Pelarian Ronghinya di Bangladesh masih belum diputuskan, Flotilla For Myanmar ini tetap akan ke negara itu.

“Rundingan masih dijalankan antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh agar misi kemanusiaan ini berjaya,”katanya.

Perlayaran dari Yangon ke Bangladesh akan mengambil masa lebih tiga hari dan buat masa ini cuaca amat baik serta keadaan laut juga tenang.

“Kami di atas Nautical Aliya amat berharap doa dari seluruh rakyat Malaysia agar misi ini berjaya dan mencapai matlamat asal,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");