Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Solat Jumaat Bersama Rakyat di Pangkor

PULAU PANGKOR:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama kira kira 1,000 jemaah di Masjid Teluk Raja Bayang di sini.

Baginda yang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di perkarangan masjid sekitar jam 1.29 tengah hari.

Turut sama Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan anggota Exco kerajaan negeri.

Solat Jumaat itu telah diimamkan oleh imam Masjid Teluk Raja Bayang, Haji Omar Din.

Baginda kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");