Perak Hari Ini

Sultan Perak Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2017

PULAU PANGKOR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli berangkat memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Negeri, di sini, sebentar tadi.

Majlis santapan yang berlangsung di perkarangan dataran Arena itu turut disertai oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tuanku Soraya Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Saripah Zulkipli.

Sambutan kali ini juga turut menyaksikan kehadiran lebih 5,000 rakyat mewakili pelbagai kaum hadir meraikannya  dalam suasana penuh harmoni.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dalam ucapannya, Hang Soon berkata, tahun yang berzodiakkan ayam api menjadi kelaziman masyarakat Cina mengambil sifat positif zodiak haiwan sebagai suri teladan kehidupan.

“Ayam dilihat sebagai haiwan yang berani menempuh onak duri cabaran musuh sebagai contoh ayam berani dan sanggup berperang bermati-matian dengan helang apabila anaknya diserang,” katanya.

Beliau turut berharap agar sifat-sifat murni pada zodiak ayam dapat diterjemahkan sebagai sikap positif dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagi acara simbolik, baginda berdua serta tetamu kenamaan mengaul Yee sang dan sejurus selepas itu baginda kemudiannya berkenan meletakkan replika jongkong emas sebagai simbolik utama perasmian.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudiannya berkenan menyampaikan ang pau kepada kanak-kanak yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");