Jenayah

Surat Palsu Pengedaran Dadah Di Sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan memorandum kepada pengetua dan guru besar berhubung pengedaran dadah baharu dikenali `Strawberry quick’ di sekolah.

Memetik sumber Berita Harian, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya malam tadi berkata, kenyataan berkenaan adalah palsu.

Mengikut surat yang kononnya ditandatangani Pemangku Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Said Salleh, pada 26 Januari lalu, semua pengetua, guru besar dan maktab perlu meningkatkan kewaspadaan berhubung pengedaran dadah terbaru di sekolah.

Pihak sekolah juga kononnya diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang pengedaran dadah berkenaan.

Surat palsu itu menggunakan tajuk `Awareness to the parents’ `New drugs in school’ (Kesedaran kepada ibu bapa, dadah baharu di sekolah’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");