Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Sahut Cabaran Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR : Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia menyabut cabaran Pemuda UMNO untuk berdebat.

Bagaimanapun, Syed Saddiq menetapkan syarat bahawa perdebatan itu mestilah berdebat tentang isu-isu rakyat seperti 1MDB, isu ekonomi, sosial dan lain-lain.

Malah, menerusi kenyataan di Facebooknya pada Jumaat, Syed Saddiq turut mencadangkan agar tajuk perdebatan tersebut ialah ‘Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Yang Amanah’ dan bukannya tentang titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Kalau kita nak berdebat berkenaan Sultan Johor, Selangor dan lain-lain, kita tak akan pergi jauh sebab kedua-dua pihak akan ‘claim’ mewakili suara mereka.

“Jadi berani dan kita tunjukkan kepada rakyat siapa yang boleh menjadi kerajaan yang baik. Siapa yang akan berkhidmat lebih baik untuk rakyat,”katanya.

Syed Saddiq berkata, usul yang dicadangkannya itu bersifat umum dan beliau akan duduk di meja pembangkang.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq berkata, beliau bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja daripada Pemuda UMNO.

“Kalau berani, sila tampilkan Ketua Pemuda UMNO untuk berdebat dengan saya. Kalau tak boleh, Timbalannya pun boleh. Kalau masih tak boleh, saya sedia berdebat dengan sesiapa yang berani.

“Jangan memencilkan diri seperti Datuk Seri Najib yang mengelakkan diri untuk berdebat dengan Tun Mahathir,”katanya.

Terdahulu, Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman dan Shahril Hamdan berkata, titah baginda itu bertepatan tatkala bekas perdana menteri itu terlalu lancang melemparkan tuduhan ke atas negeri Johor khasnya dan Kerajaan Pusat amnya.

Biro Pekerja Muda Pemuda Umno, Dazma Shah Daud bersama Sheikh Nafiq dan Shahril mencabar Syed Saddiq yang juga anak jati Bangsa Johor bersama dua lagi Exco Armada mengadakan debat terbuka mengenai isu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");