Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Setuju Berdebat, Rela Jadi Tin Kosong

KUALA LUMPUR : Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman telah menyatakan persetujuan beliau untuk berdebat dengan Pemuda UMNO.

Syed Saddiq berkata, menerusi perdebatan itu, rakyat Malaysia akan menilai siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu.

“Nak memperlekehkan saya, sila lah. Nak main ‘label melabel’, sila lah. Nak panggil saya ‘budak hingusan’, sila lah.

“Sebenci-benci saya kepada Datuk Seri Najib (Razak) dan mereka yang bersekongkol dengannya, jarang sekali saya nak gantikan hujah yang berlandaskan fakta dengan budaya ‘label melabel’,”katanya menerusi satu kenyataan.

Syed Saddiq telah mengesahkan kehadiran beliau kepada pihak Sinar Harian yang dijangka menganjurkan sesi perdebatan itu.

Terdahulu, Pemuda UMNO mencabar Syed Saddiq untuk berdebat dan turut menggelarkan pemimpin muda itu tin kosong yang kekeringan idea.

Ini kerana, Exco Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, Syed Saddiq sering menggunakan isu 1MDB sebagai modal ketika membangkitkan sesuatu isu.

Ujarnya lagi, beliau juga tidak sabar ingin melihat siapakah pemimpin UMNO yang akan mempertahankan tajuk perdebatan ‘Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Yang Amanah’.

“Kalau betullah saya ni suka ‘fitnah’ bahawa BN diselubungi skanda rasuah berskala besar, buktikan saya salah.

“Rakyat Malaysia yang tercinta akan menilai siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");