Perak Hari Ini

Tajuddin Nafi Amal Sikap Perkauman

PASIR SALAK:Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Rahman yakin sokongan yang diberikan oleh pengundi Cina terutama di kawasan Parlimen Pasir Salak sentiasa baik.

Beliau yang merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak turut menafikan dakwaan bahawa dirinya mengamalkan sikap perkauman.

“Selama ini setiap program yang dianjurkan mendapat sambutan hebat dan baik daripada penduduk Cina di Parlimen ini,

“Mereka ada hubungan saling hormat menghormati satu sama lain dan selain daripada itu kita tidak mengamalkan sikap perkauman,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017 anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak di Langkap hari ini.

Tambahnya selaku Ahli Parlimen,  beliau tidak pernah membezakan dan mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.

“Saya layan semua penduduk dalam Parlimen tak kira bangsa sama- rata malah penduduk Pasir Salak sudah mengenali diri saya,” katanya.

Bagaimanapun tegasnya terdapat segelintir  pihak terutamanya parti lawan sedaya upaya cuba menonjolkan imejnya sebagai individu yang bersikap perkauman.

“Sosial media dan media juga memainkan isu ini hakikatnya tidak benar tanya orang tempatan kerana sentiasa mengadakan hubungan  baik,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan sokongan pengundi Cina berikutan pada pilihanraya lepas hampir 30 peratus sokongan tertinggi diterimanya  daripada masyarakat Cina Parlimen Pasir Salak.

“Cuma terdapat unsur dari luar meracuni fikiran dengan memperdaya mereka namun mereka sedar keputusan pada pilihanraya lepas hanya permainan politik pihak pembangkang terbukti tidak mendatangkan faedah,”katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");