Membawang Hari Ini

Tak Kecil Hati Jadi Bahan Lawak MLM 2017

KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa mengakui tidak berkecil hati apabila ada di antara peserta program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) menjadikan kisah cintanya dengan aktor Fattah Amin sebagai bahan lawak.

Malah sebaliknya jelas Neelofa, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan dan tidak mengambil serius dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya atau pun Fattah.

“Saya tak terasa pun apabila ada yang cuba menjadikan saya dan Fattah sebagai bahan jenaka mereka.

“Selain sudah biasa dengan situasi itu saya juga tidak mengambil serius terhadap apa yang diperkatakan,” katanya memetik sumber mStar Online.

Dalam pada itu, Neelofa lega peminat mula memahami situasinya selepas secara terbuka memberitahu berasa tertekan sering menerima kritikan di laman sosial berhubung hubungannya dengan Fattah yang mendapat perhatian meluas.

Neelofa berkata, sejak luahannya itu dia melihat banyak perubahan malah banyak menerima kata-kata semangat daripada peminat di laman sosialnya.

“Alhamdulillah sejak saya meluahkan apa yang terbuku di hati nampak banyak perubahan.

“Pengikut di laman sosial dan peminat mula memberikan kata-kata positif dan saya terharu kerana mereka sebenarnya mengambil berat terhadap diri saya.

“Saya hargai semua perkara yang mereka lakukan untuk saya dan saya juga sentiasa mengambil berat terhadap peminat saya,” katanya.

Neelofa sebelum ini merayu agar diberikan ruang kerana sering menerima kritikan hebat di laman sosial disebabkan hubungannya dengan Fattah.

Malah kata Neelofa, hentaman dan kritikan diterimanya sedikit sebanyak menghancurkan hatinya sebagai seorang manusia biasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");