Isu Panas

Tak Perlu Masuk DAP Untuk Bantu Melayu

KOTA BHARU : Alasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim masuk DAP semata-mata untuk menggalakkan orang Melayu berfikiran kritis dan rasional tidak boleh diterima..

Ini kerana, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tindakan masuk DAP itu dijangka tidak memberi kesan terhadap alasan tersebut kerana DAP parti platform orang Cina.

“Oleh kerana wujud sekelompok Melayu yang jumud pemikiran dan gaya hidup kearaban, tak bererti semua Melayu bodoh dan tidak kritis serta berfikiran rasional,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Zaid mendakwa orang Melayu berdepan sindrom tidak lagi mahu berfikir secara rasional.

Shamsul berkata, itu bukanlah penyakit dan sindrom orang Melayu sahaja, malah ada pimpinan DAP juga jumud dan ternyata rasis secara ‘buta’.

Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, walaupun memilih DAP, tidak semestinya Zaid terlepas daripada golongan jumud dan rasis dalam parti itu.

“Yang menariknya, Adun DAP keluar beramai-ramai kerana pimpinan DAP dikatakan tidak berprinsip, Zaid pula dengan gembiranya masuk DAP untuk bersama pimpinan DAP yang dianggap oleh orang DAP sebagai tiada prinsip,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");