Jenayah

Tak sempat nak joli hasil pecah rumah

SHAH ALAM – Tidak sempat menjolikan hasil jenayah pecah masuk rumah.

Jenayah itu terbongkar selepas sepasukan polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) melihat dua lelaki menaiki sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Seksyen 7, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, anggotanya telah menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu.

“Ketika pemeriksaan dibuat, salah seorang lelaki telah melarikan diri.

“Namun, seorang lagi lelaki yang tidak bekerja ini telah ditahan sebelum polis membuat pemeriksaan lanjut di kereta dinaiki mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.

Beliau memberitahu, dipercayai suspek ‘profesional’ ini baru selesai melakukan kegiatan pecah rumah dan dalam proses hendak menjual barang-barang berkenaan.

Tambahnya, polis telah menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah seperti pemutar skru dan playar selain beberapa barang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah iaitu jam tangan serta komputer riba. Malah, soal siasat dapati suspek ini mengaku terlibat dengan kes-kes pecah rumah di sekitar Seksyen 7 sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, pemeriksaan yang dibuat di rumah suspek ini turut menemui pelbagai barang disyaki hasil kegiatannya.

“Polis kini sedang giat memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Kita juga tidak menolak kemungkinan kumpulan ini terdiri lebih daripada dua individu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");