Jenayah

Tandas Jadi Sarang Ular Berbisa

TEXAS: Sebuah keluarga di sini tidak menyangka tandas di rumah mereka selama ini telah menjadi sarang kepada 24 ekor ular berbisa.

Memetik sumber Mstar online, kejadian itu berlaku di Jones dekat Buffalo Gap apabila pada mulanya, seekor ular dewasa dijumpai berada dalam mangkuk tandas.

Pemeriksaan lanjut keluarga itu menemukan 13 ekor ular lagi di ruang simpanan bawah tanah manaka 10 ekor ular berbisa termasuk lima anak ular, ditemukan dibawah lantai tandas.

Keluarga yang enggan dikenali itu kemudiaannya menghubungi syarikat kawalan haiwan, Big Country Snake Removal untuk menangkap reptilia berbahaya itu.

Syarikat berkenaan turut berkongsikan gambar ular terbabit menerusi laman Facebook mereka.

Malah menerusi kenyataan syarikat itu, ular yang ditemukan dalam mangkuk tandas dipercayai bergerak menerusi laluan paip.

Malah kejadian itu merupakan yang pertama dilaporkan dalam tempoh beberapa tahun lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");