Membawang Hari Ini

Taufiq Hanafi Tak Kecil Hati, Lambat Dikenali

Pelakon, Taufiq Hanafi tidak pernah berkecil hati biarpun namanya agak lambat dikenali berbanding rakan-rakannya yang lain menerusi filem Ola Bola yang pernah meraih kutipan sebanyak RM16.6 juta tahun lalu.

Sebaliknya pelakon yang juga aktif di pentas teater ini mengakui adalah penting dia mempromosikan hasil kerjanya berbanding publisiti diri sendiri.

“Memang diakui perjalanan seni saya agak perlahan jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain dalam Ola Bola.

“Bukan kerana tidak ada tawaran yang datang selepas filem itu, tetapi kebanyakan lakonan saya keluar agak lambat biarpun penggambarannya telah selesai.

“Saya anggap masih belum rezeki untuk lebih dikenali, namun saya puas apabila dapat buat kerja dengan baik sebagaimana yang dipertanggungjawabkan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Taufiq juga secara berseloroh mengatakan namanya mungkin tidak menjadi pilihan stesen TV kerana bukan ‘pelakon jambu’ yang kini semakin menjadi trend dan salah satu kriteria yang dicari.

“Muka tak ‘jambu’ kot, itu yang susah sikit orang nak nampak. Apa pun sebenarnya saya tidak melihat perkara itu sebagai suatu yang membebankan atau alasan untuk berhenti berusaha.

“Saya jadikan pelakon Amerul Affendi sebagai contoh terbaik. Meskipun kurang popular, namun peminat mengakui kehebatannya dalam lakonan,” katanya yang kini sedang menyambung pengajian di Aswara dalam bidang perfileman.

Terbaru, pelakon ini bakal muncul dalam filem, Kanang Anak Langkau The Iban Warrior, arahan Bade Hj Azmi yang bakal menemui penonton pada 16 Mac ini.

“Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya, Ola Bola bukanlah filem pertama, sebaliknya saya turut berlakon dalam Kanang Anak Langkau The Iban Warrior.

“Namun disebabkan filem ini tertangguh tayangannya seketika, Ola Bola mendahului dan nama saya mula dikenali menerusi filem itu,” jelasnya.

Dia turut berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menjalani penggambaran filem pertamanya itu,apabila dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena belerang.

“Filem ini sangat mencabar kerana banyak babak aksi dan semestinya menguji ketahanan mental dan fizikal. Ini kali pertama saya terlibat dengan filem aksi perang. Dalam satu babak pertempuran saya tercedera di bahagian mata kerana terkena serpihan belerang, tetapi Alhamdulillah kecederaan itu tidaklah terlalu serius,” imbasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");