Isu Panas

Teguran Sultan Johor Bukti Mahathir Sudah Tak Relevan

KUALA LUMPUR : Kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi berikutan teguran daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Oleh itu, rakyat perlu mengambil iktibar dan berfikir secara rasional dalam menilai teguran Sultan Johor terhadap Mahathir, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menurutnya, kenyataan Sultan Johor itu membuktikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah mengubah dasar perjuangannya demi mencapai kepentingan peribadi.

“Saya amat tertarik dengan apa yang Tuanku katakan bahawa sebelum ini orang itu (Mahathir) menolak media barat yang dikatakan cuba menjatuhkan negara, hari ini beliau pula yang mengiyakan laporan media barat.

“Sebenarnya siapa yang mudah lupa? Melayu atau Mahathir yang sudah lupa. Sebab saya kira orang Melayu masih ingat dan pegang lagi kata-kata Mahathir sebelum ini.

“Rakyat saya kira rakyat boleh menilai dengan bijaksana, zaman Mahathir sudah berlalu dan itu yang perlu beliau terima hakikatnya, perjuangannya jauh tersasar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, Sultan Johor menasihatkan Dr Mahathir supaya berhenti mengganggu urusan pentadbiran negara serta negeri Johor kerana zamannya sudah berlalu.

Sementara itu, Sohaimi berkata tindakan Mahathir yang bersekutu dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang dianggap rasis oleh beliau suatu ketika dahulu tidak boleh diterima.

“Dulu beliau kata Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam. Hari ini beliau pula satu kapal dengan Kit Siang. Jadi rakyat nilailah apa agenda Dr Mahathir, perjuangan untuk rakyat atau diri sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");