Perak Hari Ini

Teguran Sultan Nazrin Penting Untuk Semua – Zambry

IPOH : Teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah penting untuk semua masyarakat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, ini kerana, apabila seseorang itu berada di ambang kejayaan, seringkali ada yang lupa di mana mereka berpijak.

“Ini merupakan satu teguran yang istimewa dan penting daripada Sultan Perak bukan sahaja kepada masyarakat di negeri Perak tetapi di mana sahaja. Bahkan di seluruh dunia.

“Saya melihat teguran baginda merupakan satu peringatan yang sangat penting untuk kita sekalian.

“Ini kerana, apabila kita berada di ambang kejayaan, dengan kedudukan kita pada hari ini, kita seringkali lupa di tempat mana kita berpijak,”kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pembentangan Resolusi dan Rumusan Muzakarah serta majlis perasmian penutup Muzakarah Sultan Nazrin Shah di Casuarina@Meru, hari ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.

Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era pra-penaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Shah di Hotel Casuarina@Meru, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");