Panasnya Hari Ini

Tembak Bekas Isteri Sebelum Bunuh Diri

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki nekad membunuh diri selepas menembak mati bekas isterinya di tingkat 16, Menara Centara di Jalan Chow Kit, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.15 petang.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, beliau berkata, suspek datang ke pejabat bekas isterinya dengan membawa bersama pistol dan parang.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya, 46, di tingkat 16 menara berkenaan membawa pistol dan parang pada 2.58 petang.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek melepaskan empat das tembakan. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum lelaki itu menembak diri sendiri di kepala,” katanya, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, Rusdi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa sudah bercerai lima tahun lalu dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup sebelum ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");