Membawang Hari Ini

Tempoh Perjuangkan Irama Malaysia Sudah Suntuk -Noraniza Idris

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noraniza Idris tidak mempunyai banyak masa untuk meneruskan misinya memperjuangkan lagu-lagu etnik dan irama Malaysia sekiranya masih ada pihak tidak membuka mata terhadap perjuangannya itu.

Ujarnya, seandainya dia dan suami berpeluang menunaikan umrah pada tahun ini, dia membuat keputusan untuk tidak lagi berada di pentas persembahan sebaliknya akan terlibat sebagai orang belakang tabir.

“Saya dah berusia 49 tahun dan berada dalam industri hiburan lebih tiga dekad. Kalau perjuangan saya dalam mengangkat lagu-lagu irama Malaysia belum terlaksana, saya tidak mempunyai masa lagi kerana saya tidak selamanya di depan.

“Justeru saya harap pihak-pihak tertentu seperti Persatuan Seniman, Yayasan Artis 1 Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung di dalam industri agar terus memainkan peranan meletakkan seni dan akar budaya Melayu pada satu tahap membanggakan,” katanya memetik sumber mStar Online.

Kata Noraniza lagi, pemilihan Tyka untuk projek single Wangikanlah Hatimu adalah rentetan daripada program 3 Juara yang lalu di mana dia melihat potensi anak kelahiran Johor ini dalam mewarnai lagu irama Malaysia dengan baik.

Dia turut berharap akan ada lebih ramai artis muda untuk terus memperkasakan lagu-lagu irama Malaysia agar ia tidak lapuk ditelan zaman.

Malah jelasnya lagi artis-artis lain boleh mencontohi beberapa penyanyi muda antaranya Altimet yang bijak mengadun muzik moden dengan karya tradisional di mana lagu diketengahkan tidak sahaja menghiburkan malah sarat dengan unsur-unsur nasihat dan motivasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");