KOTA BHARU : Seorang bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan di mahkamah sesyen, di sini, selepas didapati bersalah kerana memaksa kanak-kanak sembilan tahun melakukan seks oral,
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Zunaidi Sidi Ahmad,43, selepas tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan yang dikenakan.
Sinar Harian melaporkan, tertuduh mendorong dan memaksa mangsa melakukan kelucahan itu dalam kawasan semak berhampiran Pantai Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 11 dan 3 petang, pada 8 Julai tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.
Mangsa sebelum itu bersama abang yang berusia 14 tahun dan adik berusia 8 tahun dibawa lelaki dikenali sebagai Mat Ju ke pantai berkenaan.
Mat Ju kemudian memberitahu abang mangsa untuk membawanya ke kedai RM2, bagaimanapun selepas ke kedai itu, mangsa dibawa ke kawasan semak dan diugut tidak akan dihantar pulang sekiranya mangsa enggan melakukan seks oral.
Mat Ju dikenali keluarga mangsa sebagai penjual ikan di kawasan Kampung Wakaf Tukup, Pasir Puteh dan ditahan dua hari selepas kejadian.