Membawang Hari Ini

Terlepas pandang, mohon maaf

KUALA LUMPUR: Astro tampil memohon maaf terhadap tindakan kumpulan Zero yang berpakaian tradisional kaum wanita Iban dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 minggu lalu sehingga menimbulkan kemarahan segelintir penduduk Sarawak.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Salleh mengakui pihaknya terlepas pandang bahawa tindakan itu menyentuh sensitiviti kaum Iban di negeri itu.

“Bagi pihak MLM, kami ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan khususnya masyarakat Iban di atas persembahan kumpulan Zero di minggu pertama program MLM.

“Persembahan yang bertujuan untuk menonjolkan keunikan tarian Sarawak dan seni sumpit itu amat kami kesali akibat ketidakpekaan mengenai kebudayaan tradisional kaum Iban.

“Pihak kami memandang serius perkara ini dan akan lebih peka dengan setiap persembahan yang bakal disampaikan di pentas MLM.

“Terima kasih kepada semua penonton yang terus memberi sokongan padu kepada program berkenaan,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Minggu lalu, kumpulan Zero mendapat kecaman penduduk Sarawak apabila dikatakan mempersenda pakaian tradisi kaum Iban.

Malahg ramai turut menggesa penyertaan kumpulan itu dalam rancangan terbabit ditarik balik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");