Perak Hari Ini

Terperangkap Di Sungai

BIDOR: Lima lelaki berjaya diselamatkan setelah terperangkap di seberang sungai dekat sini berikutan air sungai yang naik mendadak petang semalam.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 5.32 petang dalam kejadian berlaku berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bidor di sini petang semalam.

“Terdapat lima mangsa telah terperangkap di seberang sungai akibat paras air sungai Gedung yang naik mendadak dan mereka kesemuanya berteduh di bawah pokok,” kata sumber.

Tambah sumber lagi, keadaan arus sungai pada ketika itu terlalu deras dan melimpahi tebing sungai.

Pihak penyelamat telah bertindak menyeberang sungai tersebut dan membawa mangsa ke kawasan selamat.

Kesemua mangsa juga telah diambil keterangan oleh pihak Polis.

foto/ihsan Bomba Perak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");