Perak Hari Ini

The Bos Gaurus Menang Besar

IPOH: Pasukan Perak The Bos Gaurus menang besar di laman sendiri apabila menewaskan PBMS FC dalam saingan Piala FA di Stadium Perak hari ini.

Perak memulakan langkah pembukaan dengan jaringan oleh Vladislav Mitkov Mirchev pada minit ke-14.

Aksi bertambah panas apabila Perak terus menambahkan jaringan menerusi rembatan daripada Faton Toski pada minit ke-26.

Jaringan Toski itu menjadikan skuad The Bos Gaurus mendahului dengan dua gol di separuh masa pertama.

Meskipun bermain tanpa penonton, The Bos Gaurus terus mempamerkan aksi cemerlang sebaik separuh masa kedua bermula.

Perak terus mendahului perlawanan apabila sekali lagi Faton Toski menjaringkan gol pada minit ke -48.

Walaupun cuba untuk membolosi pasukan tuan rumah, PBMS gagal untuk menjaringkan sebarang gol hingga tamat masa perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");