Membawang Hari Ini

“Tiada Masalah Pegang Watak Ibu Tua” – Ziana Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi,Ziana Zain masih kekal aktif dalam dunia hiburan biarpun kini sibuk menguruskan keluarga dan juga perniagaan.

Malah dia juga mengakui semakin rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.

“Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak (kembali berlakon)?

“Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak menggangu tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ziana, 49, dia tidak kisah untuk membawakan watak ibu tua walaupun pernah menggalas tugas sebagai heroin menerusi beberapa filem sikuel seperti Sembilu dan Maria Mariana.

“Janganlah nak demand, kita patut bersyukur dan terima seadanya. Dulu kita tengok orang, sekarang zaman kita pula (bawa watak ibu).

“Dengan cara itu kita akan rasa lebih dihargai, dihormati dan saya mahu grow old gracefully.

“Apa yang penting ialah jalan cerita, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah,” katanya.

Kali terakhir Ziana berlakon ialah menerusi telefilem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.

Tambah Ziana lagi, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.

“Sebagai pelakon yang sering disajikan dengan jalan cerita yang lengkap dengan unsur kekeluargaan, pengajaran dan cinta, saya perlu memilih sebelum bersetuju untuk kembali berlakon.

“Tapi sekarang banyak cerita untuk orang muda. Bagi saya kalau jalan cerita sekadar hiburan tapi tak ada pengajaran… tak menarik juga,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");