Panasnya Hari Ini

Tiada Pihak Tertindas Jika Melayu Dan Islam Tadbir

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang akan terancam atau tertindas sekiranya sesebuah kerajaan itu ditadbir oleh orang Melayu dan Islam.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya kedudukan orang bukan Islam akan tetap terpelihara kerana jaminan itu adalah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam sendiri.

“Saya ingin memberi penekanan dalam sejarah dan situasi di dunia hari ini apabila sesebuah kerajaan itu berlandaskan syariat Islam, orang bukan Islam akan dapat hidup dengan bebas.

Bagaimanapun apabila orang Islam menjadi minoriti, mereka kebiasaannya akan ditindas seperti yang berlaku di Myanmar ketika ini.

“Ia juga menjadi peringatan kepada kita di Malaysia ini. Bersatu orang Melayu dan Islam ini akan dapat mengekalkan tampuk kuasa supaya agama, kedudukan raja-raja serta orang Melayu dapat dipertahankan.

Pada masa sama orang lain juga dapat hidup dengan bebas.

“Bukan setakat dapat hidup dengan bebas, tetapi mereka juga dapat mengamalkan ajaran agama, cara hidup masing-masing serta pada masa sama juga akan dapat mengumpul kekayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sandang Kebesaran Ikatan Ukhwah Silat Wadah dan Penyatuan Penyatuan Ummah 2017 di Hotel Pelangi di Muar Johor pada Sabtu.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, semua itu akan dapat dikekalkan dengan mewujudkan kesatuan, kerjasama dan perpaduan tertinggi dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");