Berita Hari Ini

Tiada Rakyat Malaysia Ditahan Di Lapangan Terbang JFK

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa New York, John F. Kennedy (JFK) pada Rabu, kata Kementerian Luar menerusi satu kenyataan.

Portal berita mstar melaporkan, kementerian tersebut mengulas laporan sebuah portal berita bahawa seorang pelancong dari Malaysia ditahan di sana walaupun laporan tersebut menyatakan ia tidak pasti sama ada tahanan itu merupakan pemegang pasport Malaysia atau hanya seorang pelancong yang berlepas dari negara ini.

“Kami sudah melakukan pemeriksaan, tiada rakyat Malaysia ditahan,” kata seorang jurucakap kementerian itu.

Wisma Putra bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pada Rabu, portal berita terbabit turut melaporkan 20 negara baharu termasuk Malaysia telah disenaraikan antara negara Islam yang dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS).

Portal tersebut kemudiannya menarik balik kenyataan tersebut.

Kedutaan AS di sini dalam satu kenyataan menjelaskan Malaysia tidak termasuk dalam larangan perjalanan yang dikeluarkan Presiden Donald Trump.

“Perintah eksekutif kekal sebagaimana dikeluarkan minggu lepas dan Malaysia tidak berada dalam senarai negara-negara yang terjejas ekoran arahan itu.

“Warga Malaysia boleh terus melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat menggunakan visa yang sah,” kata jurucakap kedutaan itu.

Trump mengeluarkan perintah larangan perjalanan itu minggu lepas, seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");