Membawang Hari Ini

Tidak Perlu Ikut Trend -Gambit

KUALA LUMPUR:Pelakon Gambit Saifullah mengakui selesa dengan bentuk fizikalnya ketika ini dan tidak merancang untuk mengubah penampilan dengan membina badan supaya lebih berotot bagi memenuhi trend semasa.

Menurut Gambit, 32, dia tidak perlu bersandarkan kepada bentuk badan yang sasa untuk kembali membina nama dalam industri hiburan.

“Kalau ikutkan sekarang semua pelakon berbadan ‘sado’. Tapi saya tak akan sengaja sasakan badan untuk ikut trend.

“Kalau saya perlu lakukannya, saya percaya ia adalah kerana tuntutan watak,” katanya memetik sumber mStar Online.

Gambit sebelum ini menghilangkan diri daripada industri hiburan selama lebih dua tahun sebelum kembali aktif sejak setahun yang lalu menerusi beberapa naskhah seperti drama rantaian Isteri Tuan Ihsan dan filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.

Dia turut percaya bakat lakonan merupakan kriteria penting yang perlu dikuasai oleh seseorang pelakon.

“Saya lebih suka cipta trend tapi saya tak akan ikut trend.

“Sebagai pelakon saya akan lebih pentingkan penghayatan watak. Tapi jika karakter yang akan dibawakan itu sebagai ahli gimnastik, takkanlah saya tidak (berbadan sasa)? Namun saya tak akan ikut trend,” tegasnya.

Sementara itu mengulas mengenai tawaran lakonan selepas kembali aktif, Gambit mengakui dia kini lebih terbuka untuk menjayakan sesuatu watak yang diterimanya.

“Selepas mengkaji trend, barulah saya faham mengenai perlunya untuk mengimbangi antara kehendak industri dan kepuasan diri.

“Sekarang saya tak akan terlalu memilih namun akan cuba menjayakan sesuatu watak dengan baik walaupun melalui naskah yang lebih ringan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");