Berita Hari Ini

Tiga hasil utama realisasikan TN50

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan tiga hasil utama yang perlu dicapai sepanjang tahun ini bagi menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) termasuk ‘feel good factor’, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata ‘feel good factor’ atau ‘rasa gembira’ merupakan inisiatif yang bertujuan meningkatkan semangat positif dan kesedaran rakyat terhadap pelbagai inisiatif kerajaan.

Dua lagi hasil utama yang ditetapkan untuk dicapai ialah penyiapan Dokumen Akhir TN50 dan data untuk analisis, iaitu segala bentuk pengumpulan maklumat perlu berbentuk digital, katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 bagi kementerian itu di Angkasapuri, hari ini.

Beliau berkata sokongan dan kerjasama seluruh penjawat awam amat diperlukan bagi menjayakan inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan itu.

“Dalam merealisasikan TN50, kita semua selaku penjawat awam harus bersama-sama bangun dan bekerjasama kerana transformasi ini melibatkan proses dan gerak kerja jangka panjang bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda ‘par excellence’,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");