Jenayah

Tiga Pemburu Ditahan

MERSING : Seramai tiga lelaki tempatan dipercayai pemburu haram di kawasan ladang Felda Tenggaroh, Jemaluang Mersing, di sini, telah ditahan, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, polis merampas dua senapang patah buatan sendiri dengan sebutir peluru hidup.

“Hasil maklumat orang awam dengan kerjasama polis bantuan Felda serta anggota dari Balai Polis Sungai Ambat, kita berjaya tangkap tiga lelaki yang terlibat dalam kegiatan memburu secara haram.

“Kesemua suspek berusia 29 tahun hingga 37 tahun menaiki sebuah van dipercayai dalam perjalanan untuk keluar memburu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, di sini, hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Ketiga-tiga suspek rakyat Sabah itu bekerja dengan sebuah kilang di Johor Bahru dan datang ke daerah ini untuk berburu.

Difahamkan tiada sebarang haiwan buruan ditemui kerana dipercayai ketiga-tiga suspek sedang dalam perjalanan untuk berburu di kawasan ladang Felda Tenggaroh tersebut.

Ketiga-tiga suspek kini telah dibebaskan dengan jaminan polis dan menanti laporan balistik untuk pendakwaan.

Dalam pada itu, Cyril berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Pihak polis tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak atau individu yang melakukan kesalahan berat sepertimana yang berlaku dalam kes ini.

“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat bolehlah menyalurkan kepada kami melalui balai polis terdekat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");