Sukan Hari Ini

TMJ Paling Layak Pimpin FAM

Pemuda Amanah berpendapat, individu yang layak untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, selain berpengalaman dalam membina skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), faktor kesungguhan dan idea segar TMJ dilihat menjadi faktor baginda layak memegang jawatan sebagai presiden.

“Hasil tinjauan, TMJ menjadi calon ‘favourite’ yang mana pelbagai pihak dan individu telah memberikan sokongan secara umum kepada baginda untuk mengemudi FAM menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Mereka yakin TMJ mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak negara era 1960-an hingga 1980-an.

“Peminat bola sepak tempatan sudah pasti menyokong sepenuhnya TMJ yang telah membuktikan kemampuannya memimpin kejayaan skuad JDT,”katanya, lapor Sinar Harian

Katanya, TMJ juga telah membina skuad JDT bermula dari bawah hingga berjaya mengangkat skuad tersebut hingga ke tahap yang cukup membanggakan.

Kerusi panas Presiden FAM menjadi perbualan rakyat khususnya peminat bola sepak tanah air.

Ramai yang memberi harapan agar ada sinar baru kepada sukan nombor satu tanah air ini selepas kemerosotan prestasi hingga menyebabkan rangking Malaysia semakin merudum.

Calon Presiden FAM untuk sesi 2017-2021 telah diumum secara rasmi semalam yang mana dua daripada empat calon telah menyatakan hasrat untuk merebut jawatan tersebut.

Kedua-dua mereka ialah TMJ dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM turut mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak.

Namun, ramai yang beranggapan TMJ lebih menyinar dan berpotensi besar untuk mengangkat FAM ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");