Berita Hari Ini

TN50 Perlu Terapkan Elemen Budaya

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) perlu menerapkan budaya masyarakat berbilang kaum khususnya Melayu dan etnik pribumi di Malaysia, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Rais Yatim.

Beliau berkata, ini bagi memastikan negara tidak kehilangan khazanah berharga yang sepatutnya diwarisi generasi masa depan.

Katanya, beliau sudah menyuarakan perkara itu secara peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak, baru-baru dan Perdana Menteri tiada halangan untuk menerima pandangan berkenaan.

“Pada pandangan saya, budaya kita boleh lenyap dalam tempoh 20 tahun akan datang kerana ketika itu tiada lagi yang mahu mempertahankannya. Generasi sebaya saya yang giat mempertahankan budaya semakin berkurangan.

“Bukan saja budaya, malah bahasa Melayu sendiri semakin terhakis apabila masyarakat Melayu sendiri mula mencampuradukkan bahasa Melayu dengan Inggeris. Sebab itulah kerajaan perlu menerapkan elemen budaya sebagai agenda penting TN50,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, hari ini.

Kongres Budaya 2017 yang bakal berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 15 April depan dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");