Perak Hari Ini

TOT: Solat Tetap Wajib Walaupun Sakit

IPOH:Solat itu adalah kewajipan setiap Muslim yang mukalaf. Walaupun salah satu rukun solat adalah berdiri betul tetapi Allah memberi rukhsah (keringanan) kepada mereka yang sakit.

Berikutan itu orang yang sakit dan tidak mampu solat secara berdiri boleh solat secara duduk, baring, mengiring ataupun ke tahap hanya menggerakkan anak mata.

Demikian indahnya Islam. Ia mengatur cara beribadat umatnya daripada orang yang dalam keadaan sihat walafiat sehinggalah kepada mereka yang diuji dengan sakit atau keuzuran.

Berikutan kewajipan itu Traning of Trainers (TOT) sukarelawan ziarah Hospital merupakan pendekatanbagi mendedahkan para pesakit dan membentuk kefahaman mereka melaksanakan tanggungjawab solat sebagai seorang muslim.

Ia merupakan program anjuran Wanita IKRAM Ipoh dengan kerjasama Masjid Muhibbudin Shah, Hospital Raja Permaisuri Bainun Salimah IKRAM Health dan turut menyumbang Ipoh Print Pelitawanis Gerik.

Menurut Pengerusi Wanita IKRAM kawasan Ipoh Ramlah Awi, TOT mengumpulkan sekitar 50 sukarelawan yang diberi tugasan melawat para pesakit di hospital bertujuan memberi pendedahan berkaitan keperluan menunaikan solat ketika uzur dan sakit.

 

Ujarnya, program sukarelawan ziarah hospital diadakan setiap bulan yang mana para sukarelawan akan berperanan membimbing para pesakit untuk berwhudu dan bersolat selain memberi sokongan moral.

“Kita akan mendampingi pesakit serta memberi bimbingan kepada mereka mengenai keperluan untuk menunaikan solat walaupun ketika sakit,” katanya.

Tambahnya, segelintir pesakit yang ditemui mereka masih kurang jelas mengenai cara sebenar mengambil whudu dan bersolat dengan cara yang sepatutnya.

Sementara itu salah seorang sukarelawan Salhati Alang Ismail berkongsi pengalamannya setelah setahun menyertai program TOT anjuran Wanita IKRAM kawasan Ipoh itu.

“Ia satu pengalaman menarik selain membantu pesakit tentang cara bersolat ketika sakit kami juga turut berkongsi pengalaman dan mengurangkan penderitaan dialami mereka.

“Mereka ada juga berkongsi kesedihan mengenai penyakit mereka jadi kami sedia mendengar dan memberi sokongan,” katanya.

Bagi orang awam yang berminat menjadi sukarelawan boleh menghubungi Hazimah di talian (013-3086204) dan yuran penyertaan cuma RM5 sahaja.

TOT yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu turut menyedikan dua sesi pengajaran iaitu sesi pertama berkaitan cara ibadah bagi orang sakit, adab menziarahi orang sakit dan sesi praktikal melawat pesakit di hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");