Berita Hari Ini

TPM Adakan Kunjungan Ke Batu Cave

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam yang disambut di seluruh negara hari ini.

Ketibaan pada jam 10 pagi itu adalah bagi merasai sendiri kemeriahan suasana sambutan perayaan tradisi bagi masyarakat Hindu itu.

Ahmad Zahid tiba dengan berpakaian tradisi masyarakat India ‘kurta’, disambut Pengerusi Kuil Dhevadthanam Sri Maha Mariamman, Tan Sri R Nadarajah serta Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam serta barisan kepemimpinannya.

Berita Harian melaporkan, kehadiran beliau juga nyata memeriahkan lagi suasana sambutan dengan orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar dan bersalaman dengan pemimpin nombor dua negara itu.

Sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2015, ini kali pertama Zahid berkunjung ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam.

Kebiasaannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke sini, namun tidak dapat berbuat demikian tahun ini kerana mempunyai komitmen tugas di Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");