Isu Panas

Trend Graduan Muda Zaman Sekarang ‘Say No To Malaysia Car’ Demi ‘Gaya, Mutu Dan Keunggulan’

Baru kerja tak sampai setahun sudah berani membeli kereta import. Trend anak muda sekarang, ‘Biar papa asal bergaya’.

Hujung minggu lepak Pavilion bersama kekasih sambil memandu kereta Vios atau Honda City. Perghhhh, urban lifestyle sangat. Tapi sejauh mana urban lifestyle itu memberi kebanggaan kepada mereka.

Sudah banyak cerita berkaitan anak-anak muda yang disenarai hitam oleh pihak bank. Ini semua gara-gara ingin tampak gah dimata kaum keluarga dan kawan-kawan.

Sebenarnya, kemegahan memandu kereta seperti Vios dan Honda City itu hanyalah bersifat sementara semata-mata. Kerana apa?  Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta pendapatan yang baru setahun jagung menapak dalam industri pekerjaan maka ia akhirnya menyebabkan golongan muda seperti itu jatuh ke lembah hutang yang durjana.

Mungkin masih ada golongan muda yang belum sedar bahawa dalam tempoh kurang dari 3 tahun bekerja tidak menjadikan kewangan anda telah stabil. Itu belum kita bercakap lagi tentang golongan pertengahan yang baru berumahtangga. Sudah tentu memerlukan kondisi kewangan yang lebih jitu.

Trend golongan muda sekarang, ‘Say No To Malaysia Car’ sebaliknya lebih cenderung untuk membeli kereta yang tampak mewah lagi bergaya. Wahhhh.

Kereta import yang dikatakan ‘Mampu Beli’ namun tidak ‘Mampu Bela’ dan akhirnya menjadi tidak ‘Mampu Milik’ dilihat menjerat diri sendiri.

Itulah, ada kereta buatan Malaysia tapi pandang rendah. Kononya tidak bergaya atau tidak Nampak megah.

Apa yang nak dimegahkan kalau beli kereta Vios atau Honda City tapi tak mampu bayar. Lagilah buat malu kan.

Kalau korang nak tahu sebanyak 60% fresh grad menjangkakan gaji sebanyak RM3,500 adalah ideal dan 30% pula berfikiran yang mereka sepatutnya memperoleh gaji sebanyak RM6,500 sebulan. Sedikit diluar jangkaan bukan?

Realitinya berapa banyak je yang para graduan ni dapat atau layak? Haa ini lah persoalan yang masing-masing tertanya adakah gaji mereka ini dikira sangat rendah atau masih lagi diparas normal. Mengikut kajian, purata gaji yang diterima oleh para graduan adalah RM2,100 hingga RM2,500. Nampak tak jurangnya antara gaji ideal dan realiti? Huhu..

Baiklah, berbalik kepada topik asal tadi.

Kita wujudkan satu situasi, graduan A dan graduan B.

Katakanlah seorang graduan A yang baru bekerja di syarikat swasta dengan gaji permulaan RM2500 telah membeli kereta Vios bagi memudahkan perjalanan untuk ke tempat kerja.

Manakala graduan B juga baru bekerja di syarikat swasta dengan gaji permulaan yang sama tetapi membeli kereta Axia sebagai kenderaan beliau.

 

Graduan A Graduan B
Jenis Kenderaan Toyota Vios Produa Axia
Gaji RM2500 RM2500
Ansuran Kenderaan RM850 RM450
Total Penyelenggaraan

(Servis,Petrol dan Lain-Lain)

RM1169 RM800
Baki Gaji RM481 RM1250

 

 

Ini baru perkiraan random untuk kos kereta sahaja. Ia tak termasuk lagi, bayaran hutang PTPTN, duit untuk ibu bapa ataupun duit sewa rumah.

Perbezaan baki gaji amat ketara disitu akan tetapi demi tampil megah bergaya. Ada graduan sanggup ikat perut janji tak kalah di depan kawan-kawan. Wajarkah sikap begitu.

Kita tidak bermaksud nak merendahkan golongan muda, akan tetapi sikap ‘Gaya, Mutu, Keunggulan’ yang digunapakai mereka ini tersangatlah membawa mereka ke lembah durjana.

Dengan baki gaji RM481, dan nilai itu belum ditolak lagi duit sewa rumah serta bil-bil berkaitan. Mampukah graduan A nak survive.

Walaupun kos-kos yang ditunjukkan ini dikira berdasarkan jumlah tahunan dan dibahagikan kepada nilai bulanan. Bagaimanapun, ia masih boleh dikira logik.

Dibelenggu hutang di usia bukanlah sesuatu yang baik. Ini kerana, di masa akan dating, golongan muda seperti ini sudah tentu mempunyai rancangan tersendiri seperti berkahwin ataupun keinginan untuk membeli rumah dan sebagainya.

Akan tetapi, nak bayar duit kereta pun tak lepas. Macam mana nak bayar hutang-hutang yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");