Jenayah

Tujuh Diperintah Bela Diri

KOTA BHARU : Mahkamah Sesyen, di sini, memerintahkan tujuh termasuk seorang remaja berusia 18 tahun membela diri atas tuduhan rogol dua gadis secara beramai-ramai di Ketereh, di sini, tiga tahun lalu.

Hakim, Adli Ab Ghalib membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap kesemua tertuduh.

Selain remaja 18 tahun itu, mereka ialah Muhmed Azroel Hassan, 26; Che Azuan Che Hassan, 35; Muhamad Adib Che Harun, 20; Mohamad Faiz Azahan, 24; Eris Che Azmi dan Che Muhamad Farhan Isyrif Che Mat masing-masing 21 tahun.

Muhamad Adib dan remaja berusia 18 tahun itu dibicarakan sebagai kanak-kanak bawah umur berikutan masing-masing berusia 17 dan 15 tahun ketika kejadian itu.

Sinar Harian melaporkan, mereka masing-masing didakwa merogol dua mangsa yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara jam 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Muhmed Azroel dan Che Azuan masing-masing didakwa merogol kedua-dua mangsa, Eris; Che Muhamad Farhan Isyrif dan remaja berusia 18 tahun pula didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun, manakala Mohamad Faiz didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun.

Sementara Muhamad Adib didakwa merogol mangsa sama yang berusia 15 tahun di satu lagi lokasi lain di sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama antara jam 2 dan 3.30 pagi, 21 Mei 2014.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk mereka membela diri pada 7 Mei sehingga 9 Mei dan 11 Mei depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");