Sukan Hari Ini

Tumpuan Ashley Tidak Terganggu

TUMPUAN Ashley Westwood untuk memburu kemenangan pertama Pulau Pinang menentang Sarawak malam ini tidak terganggu walaupun digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang itu digantung satu perlawanan secara automatik ketika menentang T-Team dan tiga perlawanan antara Sarawak, Kedah, dan Pahang.

Perkara itu susulan beliau didakwa kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan dan pihak lawan semasa perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang lawan Perak pada 27 Januari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Sinar Harian melaporkan, Ashley telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 51.1(a) Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pegawai perlawanan dan dibaca bersama Artikel 59(a) Kod Tatatertib FAM berkenaan kelakuan menyinggung dan fair play.

Beliau turut melanggar Artikel 50.1(c) Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan.

Menurut pengendali import itu, biarpun tidak dapat bersama pemain simpanan pada tiga perlawanan akan datang namun masih boleh menyaksikan kelibat pasukannya di bangku penonton.

“Segala persiapan telah dilakukan untuk memburu tiga mata penuh di halaman sendiri menentang Sarawak (malam ini) dan saya akan turut menyaksikannya.

Kekalahan tiga kali berturut-turut tidak meresah saya kerana secara keseluruhan kami bermain dengan baik dalam setiap posisi dan cuma tidak bernasib sahaja untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dalam pada itu, kemungkinan untuk menurunkan penyerang import, Nigel Dabinyaba pada kesebelasan utama masih belum dapat disahkan oleh Ashley namun pemain Papua New Gunea itu sudahpun turun menjalani latihan ringan bersama Harimau Kumbang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");