Sukan Hari Ini

‘Tunggu Minggu Depan’

Kuala Lumpur: Persoalan sama ada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mampu beraksi pada kejohanan sulung tahun ini di Seluruh England akan diketahui minggu hadapan apabila kecederaan ligamen lutut kiri menunjukkan petanda positif.

Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan, anak buahnya itu sudah menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu apabila mula menjalani latihan dalam gelanggang walaupun tidak menggunakan keluasan maksimum.

“Kami menggunakan keluasan yang lebih besar dan pergerakan dalam latihan juga lebih banyak berbanding minggu lalu. Bagaimanapun, dia tidak menggunakan keseluruhan gelanggang tapi kami masih mempunyai masa untuk membuat penilaian hingga minggu depan,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Jelasnya, jika dilihat dari segi kemahuan, Chong Wei memang mahu beraksi di Seluruh England walaupun sedang bergelut dengan proses pemulihan kecederaan.

“Apa yang kami perlukan sekarang adalah proses pemulihan yang cepat kerana Seluruh England salah satu sasaran Chong Wei tahun ini. Bagi saya dan pakar fisiologi, Sandra Fiedler kami perlu menunggu saat akhir dan pada masa sama melakukan proses pemulihan peringkat demi peringkat.

“Esok (hari ini) mungkin Chong Wei mampu berlatih dengan menggunakan keseluruhan gelanggang seperti biasa,” ujar Hendrawan yang pernah muncul juara dunia pada 2001 dan membantu Indonesia menjulang trofi Piala Thomas tiga kali berturut-turut (1998, 2000 dan 2002).

Ditanya kenapa Seluruh England amat penting buat Chong Wei, jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, anak buahnya itu sudah mempunyai satu standard, yang mana kejohanan sebegitu amat penting untuk disertainya.

“Dari segi fizikal seperti berlari dan melakukan latihan di gimnasium saya rasa tidak ada masalah buatnya, cuma latihan di gelanggang yang memerlukan kami membuat sedikit pengubahsuaian dan dalam masa sama melakukan pemantauan. Dia mempunyai keinginan untuk beraksi di sana. Selepas semuanya kembali normal dan dia boleh bergerak secara keseluruhan di dalam gelanggang, dia boleh pergi ke Seluruh England,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");