Berita Hari Ini

‘Tuntutan Dong Zong tidak wajar’

SEREMBAN – Tuntutan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) agar Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dijadikan syarat untuk mendapat pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah tidak wajar.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) Mohd Azizee Hasan berkata, permintaan Dong Zong itu dilihat melangkau sempadan pendidikan negara ini dan boleh mengundang kerapuhan jati diri rakyat.

“I-Guru berasa sangsi dengan kesediaan Dong Zong yang hanya mahu peperiksaan Bahasa Melayu saja diwajibkan sebagai syarat pengiktirafan sedangkan peperiksaan lain masih mengekalkan Bahasa Cina.

“Bahkan kami berpendapat kurikulumnya juga berkiblatkan negara Cina dan Taiwan serta masih mengekalkan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar dan keadaan ini dikhuatiri boleh beri kesan kepada cara hidup rakyat,” katanya menerusi kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau yang bersedia untuk menerima Bahasa Melayu SPM sebagai syarat untuk kerajaan mengiktiraf UEC.

Menurutnya, pengiktirafan UEC dengan syarat berkenaan hanya akan meneruskan sistem pendidikan dua aliran yang berbeza di negara ini sekali gus mengundang kepada perbezaan ideologi.

Oleh demikian, beliau berharap kerajaan lebih tegas dan menolak sebarang unsur dan usaha yang boleh menghalang perpaduan.

“Kerajaan perlu mengenepikan perbezaan politik dalam menangani isu ini jika benar-benar komited untuk merealisasikan hasrat perpaduan, pembinaan negara bangsa dan gagasan 1Malaysia.

“Ini kerana pendidikan adalah wadah terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara kaum serta pembinaan negara bangsa,” katanya.

UEC adalah peperiksaan seragam untuk pelajar di sekolah menengah Cina di seluruh negara, sejak 1975. Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, tetapi bukannya di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");