Panasnya Hari Ini

Turun Kadar GST Sejajar Dengan Inflasi

KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa untuk menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan cukai itu kepada kerajaan.

Ini kerana, jelas Tuan Ibrahim, harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST.

“Beberapa para penganalisa ekonomi telah meramalkan kadar inflasi negara akan terus naik, melebihi empat peratus pada tiga bulan yang akan datang.

“Ini bermakna, harga barangan akan terus meningkat. Rakyat yang sudah merana terpaksa lagi membayar lebih di bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan konsumer,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata lagi, kadar inflasi purata tidak menggambarkan keadaan sebenar yang dirasai rakyat kerana para peniaga tidak menaikkan harga barangan menikut peratusan, sebaliknya mengikut nilai sen.

Oleh itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti.

“Umpamanya, nasi lemak yang dijual RM2, tidak mungkin dinaikkan ke kadar RM2.08 mengikut kadar inflasi empat peratus, sebaliknya akan dinaikkan harga RM0.10 atau RM0.20 yang bersamaan dengan lima peratus dan 10 peratus di sudut inflasi.

“Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungutan hasil GST juga akan meningkat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");