Laporan Eksklusif

Ulama Pas Main Geli-Geli Dengan Asas Perjuangan Parti

Hinanya PAS kerana merosakkan anak muda yang naif. Sejak dulu lagi, fahaman serta perjuangan politik memang sukar difahami apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak muda yang masih kosong jiwanya.

Mengapa persoalan ini wujud?

Dapat dilihat dalam situasi politik sekarang, anak muda lebih banyak melibatkan diri malah mereka lebih berani menyuarakan pendapat dan kononnya hak mereka. Sedangkan pada ketika itu, mereka masih belum layak untuk mengundi.

Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam anak muda dibakar semangatnya oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Mereka ini seolah-olah disuntik secara halus oleh ulama-ulama bertopengkan iblis ini semata-mata untuk menghancurkan Umno.

Pendek kata, kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

Persoalannya, kenapa kena lawan Umno?

Agenda untuk membinasakan Umno memang dah termaktub dalam perlembagaan Pas agaknya. Sebab itu ulama-ulama parti ini sejak dahulu lagi merekrut anak-anak muda demi mendapat apa yang mereka inginkan.

Dilaungkan pemimpin Umno ni zalim, pemimpin Umno ni kafir. Kononnya pemimpin Umno ini nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kepada ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan Agama.

Inilah perkara-perkara yang disuntik ulama Pas kepada anak-anak muda bagi membakar semangat dan jiwa mereka agar bencikan kerajaan, bencikan Umno.

Ulama-ulama Pas dengan bertopengkan agama tetapi secara rohaninya, dalam jiwa ulama Pas ini lebih busuk dari pemimpin Umno.

Menggunakan agama untuk menghalalkan prinsip dan perjuangan mereka. Menggunakan ayat Al-Quran untuk menghukum dosa-dosa umat lain. Beginikah Islam sebenarnya?

Demi untuk menunjukkan betapa dangkalnya Umno, betapa kafirnya Umno maka pelbagai jenis fatwa muncul.

Maka, keluarlah hadis-hadis tentang tegahan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman. Asalkan ia boleh menjatuhkan hukum pada Umno tanpa usul periksa, tanpa kesahihan, semuanya diterima bulat-bulat.

Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dengan api neraka. Nak selamat daripada neraka mesti berjuang bersama Pas.

Seperti dirasuk syaitan, tanpa rasa berdosa menjatuhkan hukum. Adakah jadi ahli, penyokong mahupun pemimpin Pas boleh confirm masuk syurga. Ada tertulis dalam Al Quran begitukah?

Ada pemuda yang letak jawatan dalam kerajaan untuk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa.

Pukul 4 petang balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja untuk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara.

Tapi, itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara dan  Ust Hashim Jasin masih bertugas sebagai Pegawai Agama di Pejabat Felda Negeri Perak, Ipoh.

Sekarang?

Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dengan DAP dikira musuh Islam.

Perjuangan asal dah lain. Perjuangan kini lebih kepada siapa kuat dia menang.

Ayat Al-Quran yang dahulunya bertujuan untuk menghukum Umno kini  bukan dihala kepada Umno lagi tapi dihala kepada musuh politiknya dan musuh politik Umno (Amanah dan DAP ?)

Siapa yang berubah sebenarnya, perjuangan Pas atau Umno?

Padahal, Umno yang dahulu dan kini adalah Umno yang sama dan tak berubah sedikit habuk pun. Apa buktinya?

Buktinya, perjuangan Umno sejak dulu dan kini tetap sama iaitu untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

Maknanya, pihak yang berubah adalah Pas.

Berubah daripada lawan Umno kepada mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang. Buat malu saja.

Sebagai pemimpin, ulama-ulama Pas ni sepatutnya berpegang pada asas perjuangan parti. Bukan suka-suka ikut peredaran zaman. Perjuangan politik bukan trend.

Siapa khianat perjuangan jika ini yang berlaku? Jawabnya ialah Pas.

Patutkah Pas yang khianat perjuangan rakyat itu menerima undi rakyat?

Sama-samalah kita fikir guna otak yang waras. Kalau fikir guna otak masuk air macam ulama Pas memang sama je lah jawabnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");