Perak Hari Ini

Umum Calon PRU, Perlu Persetujuan Pimpinan Tertinggi

IPOH: Tidak menjadi satu kesalahan bagi setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) tampil mengemukakan calon masing-masing untuk pilihan raya umum ke-14,kata Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Bagaimanapun setakat ini ia belum dimuktamadkan malah setiap keputusan akan mengambil kira persetujuan di peringkat tertinggi terlebih dahulu.

“Belum muktamadkan apa-apa cuma seperti biasa terdapat prinsip kerjasama dengan anggota komponen Barisan Nasional jadi mereka mungkin mengumumkan calon masing-masing namun dimana tempat dan calon akan diputuskan oleh peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketik diminta untuk mengulas kenyataan salah satu parti komponen BN iaitu Gerakan berkaitan dengan kemungkinan berlaku pertukaran kerusi Dun dan calon yang bakal bertanding.

Beliau yang juga merangkap Menteri Besar Perak berkata sebarang keputusan muktamad adalah menerusi pimpinan BN Negeri dan peringkat nasional kerana pada akhirnya calon yang terpilih bakal diputuskan oleh pengerusi BN sendiri.

“Tidak menjadi kesalahan mereka ingin memperkenalkan calon masing-masing namun kena mengerti calon yang akan dimuktamadkan oleh pengerusi BN sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");